Kopi Kegemaran Terbaru Ku ---> Min Kaffe @ Mineral Coffee




hehe... si handsome boy ni jadi officially model Min Kaffe Zie... hihi. excited dia nak ikut Zie gi stokis restocked Min Kaffe. Sampai je di stokis, kena berbaris panjanggggggg. Huhu. Datang lewat, gitu ler jawapnya. Jenuh kau berbaris. Haha

... bila masuk je dalam kereta, terus budak kecik ni rebut² nak buka sealed kotak Min Kaffe tu. Nasib sekotak memang untuk diri sendiri minum. So biarkan je lah dia bermain dengan satu kotak tu. hihi




Ni sudahnya.... tertido dia masa mama dia on the way ke kem polis (rumah kedua weols... hehe. Week days, di rumah emak. Weekend, di rumah kat kem polis)






Tadaaaa!!! Inilah dia Min Kaffe yg sangat hot selling tu. Kejap² je stok dah sold out di stokis. Thats why once stokis dah restocked... kena rebut² gi restocked and ambil banyak². Senang nanti tak putih mata bila customers nak...hihi




Buat yg belum tahu kebaikkan Min Kaffe, ni zie terangkan serba sedikit tentang Min Kaffe ye ^_^ 

Min Kaffe @ Mineral Kopi atau pun juga dikenali sebagai Kopi Garam Buluh. Aroma istimewa Hai-O Mineral Kopi berasal daripada bijian Kopi Robusta dan Garam Buluh Organik semulajadi dari Korea yang meningkatkan nilai nutrisi kopi ini.

7 KEISTIMEWAAN MIN KAFFE @ MINERAL KOPI SEHINGGA STOK KOPI SELALU ‘SOLD OUT’

  1. ANTIPENUAAN – agen antioksida yang baik. 
  2. MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah, kolestrol dan lain-lain.
  3. MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan. 
  4. MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi. 
  5. Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI. 
  6. Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit. 
  7. Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan.




Tips bancuh Min Kaffe ni, bancuh dgn 150ml air ye... baru rasa dia umpph! kalau terlampau banyak air, kureng kang rasa dia nanti. Since zie ni selalu sangat rasa keletihan, migrain dan ada masalah sembelit, wajib kooo Zie amalkan Min Kaffe ni.

.... If uols amal sekali Garlic Hai-O dan Min Kaffe, boleh slim koo. Set Min Kaffe + Garlic merupakan set kurus ^_^ Insha Allah... next time Zie cuba set kurus plak. Tengok camne. 

Buat uols yg nak order, boleh contact Zie di :-

Facebook Page : Zie Madini Store
Facebook Personal : Zie Madini

** Insha Allah akan bagi harga kasih sayang...hihi




Mencuba Olay Regenerist Revitalising Hydration Cream Moisturizer




Setelah sekian lama Zie bertahun tahun setia giler guna Olay Total Effect... akhirnya, penghujung tahun 2016... zie bercerai (kot ek... if yg ni sesuai dgn kulit zie... hehe) dengan Olay Total Effect dan mengahwini (ceaaa... haha), Olay Regenerist plak. Hihi

... hai Olay Regenerist ^_^ Memandangkan usia dah pun nak masuk 33 tahun, terpaksa ler guna olay yg lain umphhh kesannya. Psstt... still gak dalam produk Olay kan. Consider Zie still pengguna setia Olay... weeehooo ~~




Ehemmm... anti-ageing cream okeh. Mudahan memandang akan kelihatan muda senantiasa ... cewah ^^ Ye ye ye...  iols tahu, yg muda akan menjadi tua. Yerrrrr... iols tahu kooo uols.

... still gak bak cantik cantik macam Che Ta walaupun dah berusia... hiksss ~



Ginie rupa dia bila cap di di buka. Suka sgt dgn packaging dia. Nampak eksklusif sangat.




Haaa... ini ler rupa bentuk krim anti-penuan tu. Selesa jer rasa muka zie bila disapu benda alah nie. Insha Allah... once dah habis sebotol ni, zie akan buat review tentang Olay Regenerist Revitalising Hydration Cream Moisturiser (amboiiiiiiii... panjang nah nama kau olay oiiii) ni ye, uols... xoxo







Redeem La Gourmet Flamingo Thermal Coffee Cup di Guardian




Akhirnya, dapat gak Zie redeem Stamps Guardian untuk beli La Gourmet Thermal Coffee Cup ni. Flamigo limited edition ni okeh. Since Zie ni memang "hantu" produk La Gourmet, apa lagi... harus ko rembat gak.

... with 5 Stamps dari Guardian (setiap pembelian RM20, akan dapat 1 stamp), zie hanya beli dengan harga RM49.90 jer.   


... dari harga RM119, jadi less than RM50 koooooo. Happy nyaaaaaaaa! 



Yg penting, warna red blood koooooo. Its sooooooo my colour! Cantik tak? Sure cantik kannnn...




Coffee cup ni, Zie nak bawa gi office. Sebab hanya time di office je zie akan minum coffee. Hihi. Pssstt... semangat je minum air guna cup baru... eh! Hehe... gurau je ^_^




Inimler dia rupa borang utk kau lekatkan stamps tu. Skrg ni dh berakhir dgn promotion ni. Siap yg belum merembat or baru tahu tentang promotion ni...

... well, sila jealous... lalalala





Jadikan Azam Tahun 2017 Je Lah...



Huhuhu, 26.12.16 tahun lepas (wahhh... bila sebut tahun lepas, kedengaran cam lama nah je berlalu. Walhal baru je minggu lepas "tahun lepas" tu.. hihi), tergerak hati nak timbang berat. Memandangkan baju baju Zie semuanya dah ketat ketat.... uwaaaaaa

... nak tahu apa result dia? Jeng jeng jeng...




Haaaa .... ni haaa. 60.8kg koooooo ~ pengsan! Patutlah berat terasa semacam je. Patut lah muka kembang semacam je. Patutlah baju semua ketat ketat dah... PATUTLAHHHH. uwaaaaaaaaaaaa

Stress kau! Huhuhu. Okay, tahun ni gigih nak berazam kuruskan badan je lah. Gigih gak nak berazam pergi jogging bla bla bla... 

Good luck Zie Madini! U can do it, babe! Hehe






Spaghetti Meatball Bolognese dan Daftar Tadika Untuk Mikail




Pepagi dah heavy breakfast weols sekeluarga. Hihi. Mood rajin. Actually pepagi just masakkan Creamy Mushroon sup tu je. Yg tang spaghetti tu, tinggal nak panaskan je...makanan semalam. hihi. Saja buat lebih utk breakfast since hari rabu ni tadi zie ambil cuti separuh hari.

...nak bawa Mikail gi daftar dia masuk Tahun 5 di tadika dia.




Pepagi dah minum sejuk aku ni...hehehe. Tropicana Twister Orange... my favourite drink. Slurppp slurppp




Habis je breakfast terus pecut gi Tadika dia. Husband belah petang nanti nak pergi OPS for a month. Nasib dia sempat lagi utk sama² Zie bawa mikail gi daftar sekolah. Kalau tak menjawap lerrr sorg² handle semua. Huhhh


Hehe... minggu depan dah start sekolah dah kau duhai anak manja. Dah tak boleh lagi dah tidur lewat ea. Mulai minggu depan, bermula lagi lagi rutin harian Zie yg kelam kabut terkejar² dengan masa. But tahun ni, Insha Allah okay sikit kot. Tak perlu terkejar² sangat dengan masa.

...memandangkan cikgu di tadika dia ada yg sudi tolong hantarkan Mikail balik rumah. Zie hantar hantar setiap pagi je. Part balik sekolah, cikgu dia yg tolong hantar memandangkan rumah weols berdekatan je. Hihi. 

Mudahan sampai habis Tahun 6 ler nanti Cikgu Tiha dapat tolong Zie. Aminnnn.





Pencarian Kerang ♥ Ngidam Kerang Tetiba



Hehe... throw back entry ^_^ Lately ni mood and idea nak tulis blog ke laut nah... alahaiii. Uols kalau bertandang ke Kuching, Sarawak, kalau ingin nak makan seafood... meh lah ke Kpg Buntal.

Apa byk restaurant seafood kat sini. If nak yg mentah, kena rajinka. Diri pergi pagi ye. Coz if pergi belah petang, takut nanti byk brg dah habis.

Zie ke sini sebab nak cari kerang. Kan dah lama nah ngidam nak makan kerang rebus cicah air asam... slurpp slurppp.




Alhamdulillah.... jumpa gak akhirnya kerang yg dicari cari. Tapi kecik nah. Kecik pun kecik lah. Janji craving fulfilled, betul tak? Hehe

Satu bekas tu RM5 je. Terus beli 4 bekas. Mengidam katanya kannn ^_^



Yg ni plak Lala. Errr... kat semenanjung panggil apa entah. Tiram kot... kot je ea. Kalau salah, maaf ^_^ 

Yg ni dorg dah siap siap kopek. Tinggal kau nak masakkan je. Lala ni emak zie beli 4 bungkus. Manis gilos rasa dia. Fresh lah katakan. Hehe




Rembat sikit cili gak. Utk buat sambal kerang tu nanti. Lepas dapat apa yg diidamkan... terus laju laju bawa husband and mak balik.

Tak sabar kooo nak merebus kerang. Hihi




Kesian anak bujang zie ni. Letih dia ikut mama dia mencari kerang sampai tertido tido dia. Alololo....




Kerang yg siap di cuci dan apa di gosok utk buang pasir yg melekat kat cengkerang tu. Baru dapat rebus :)





Tadaaaa! Siap. Niat nak buat air adam je sebenarnya... tapi terbuat sambal belacan air asam ler plak... haha. 

Takpe, janji sedap. Nikmat kooo makan. Nyummmmm! 




Resepi Spaghetti Oglio Olio by Zie Madini






Pertama kali buat Spaghetti Oglio Olio ^_^ Percubaan pertama terus menjadi dgn sedapnya... hehehe. Tapi terpedas sikit ler... huhu. Senang jer nak buat spaghetti Oglio Olio ni. Macam kau buat mee goreng biasa je sebenarnya. 

...Sebelum ni, mati mati kooo zie ingatkan susah nak buat... hihi
So, jom... zie share resepi ye ^_-




Bahan bahan penting yg perlu ada. 

Chili Flakes
Spaghetti
Lada Hitam Kasar
Bawang Putih

4 bahan tu je yg must have. If tak nak lada hitam kasar tu pun boleh skip. Asalkan Chili Flakes tu ada. Kalau dia takde, bukan oglio olio ler namanya. Hehe.

Bahan bahan sampingan adalah :-

Duan Ketumbar
Capsicum Merah
Udang
Sotong

If rasa nak jadikan Spaghetti Oglio Olio tu sebagai seafoods madness, boleh je kau tambah Mussels, scallops ke apa ke. Mula mula niat nak tambah Mussels. Bila tgk mahal, kena lagi hujung bulan... kuasa nak beli. Haha



Tadaaaa... Spaghetting Oglio Olio sudah siap utk di makan! So proud bila percubaan pertama dah berjaya. Hihi

Okay, dibawah ni cara cara masak dia ea :-

1) Tumis bawang putih yg telah dicincang halus sampai kekuningan/angkat bau.Masukkan Lada Hitam dan Chili Flakes.

2) Kemudian Masukkan Sotong dulu. Bila sotong dah hampir masak, baru masukkan Udang dan Capsicum. Gaul rata. Masukkan bahan perasa. Zie guna Cukup Rasa + serbuk Lada putih.

3) Kemudian masukkan Spaghetti (Oh ye, masak spaghetti duluan ea. Rebus + Minyak sedikit utk elakkan dia dari melekat sesama sendiri). Gaul rata.

4) Siap! Selamat mencuba ^_^







Souvenir Dari London Lagi ❤️




I am a happy stafffff... hehe. Boss hanya beli khas utk zie sahaja. Yg ni souvenir dari anak boss merangkap 2nd weols. Bini dia yg belikan untuk zie ye... hehe.

Siap call senyap senyap suruh zie turun sebab dia nak bagi souvenir dari london utk zie sorg. Tak sedap gak rasanya if bagi depan other staff

Tu yg 2nd boss call suruh turun bawah opis. Hehe. Yay! Dapat Kinder Bueno (untuk mikail katanya, tapi mama dan papa mikail minta sebungkus dua... haha), Strawberry lip balm dan yg paling zie teruja adalah Lulu Guinness USB stick !

... i am so happy! ^_^




Semua nya warna merah. Sengaja dia beli warna merah sebab bini bos dan bos tahu zie peminat tegar merah. Hihi. 

Yg bestnya, bini boss gtaw... the moment dia tgk Lulu Guinness USB stick tu, terus teringat kat Zie. 1st dia merah... dan 2nd, sooo diva katanya.

Vavavava... diva ek aku? Hahaha.




Such a perfect combination! Lip balm with Lip design USB stick. Hehe. Actually lama dah berkenan dgn Lulu Guinness USB stick ni. If nak beli, mahai weh.

...tu yg happy giler bila bukak bungkusan (bini boss balit dgn red wrapping paper, okeh! Sgt memahami kegilaan zie dgn merah... hehe) tgk... ek'eh, Lulu Guinness lah... wahhh. Hihi





Tadaaaa! Even if its only 2GB, who cares! Janji ada barangan Lulu Guinness yg original kooo... hehe. Suka sangat sangat. Directly from London plak tu... eeee suka suka! Hehe




Terus gantung kat my handbag sama sama dgn keychain guess tu. Disitulah engku menghiasi handbag tuan mu ini ye, Si Bibit Merah. Hehehehe


Cakkk! Hehe... tetiba bibir iols jadi plum weh... vavavava ^_^





Throw Back Entry : Mikail Buat Persembahan ♥ Jadi Penyanyi Utama KelasDia



Pada 12.11.16 bulan lepas, tadika tempat mikail belajar buat persembahan penghujung tahun sebelum dorg star cuti sekolah :) So... secara rasminya, inilah persembahan dari Mikail yg ke-2 ^_^





Tadaaa... persembahan dari Kelas 4C. Hehe. Masa dia naik atas pentas tu, berdebar debar gak jantung zie koo. Takut sejarah mungkin berulang... hahaha

... kan masa majlis anugerah pelajar terbaik dia aritu, dia nangis time on stage masa buat persembahan. Hahaha






Nasib kooo kali ke-2 ni, dia cool je. Tak nangis. Agaknya tak nak kena ejek zie kot, nangis on stage. Hahaha. Dan dan lagi dia jadi lead singer untuk Kelas dia...

... memang wajib kooo dia tak boleh nangis.




Syukur alhamdulillah. Dari awal persembahan sampai habis persembahan, dia tak nangis dan persembahan berjalan dgn lancar.

... that's my boy! Hehehe




Penyanyi utama Kelas 4C ... my little handsome boy, Muhamad Mikail :) Last minit kooo cari jubah hitam dia tu. Nasib jumpa... hehe

Warna hitam senang je nak cari. Sebab kebanyakkan warna jubah yg ready stock byk berwarna hitam dan putih :)







Bila majlis selesai, dia nak santai santai kejap kat tepi kolam di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub. Future sekolah rendah mikail kelak... insha Allah. 

Cantik koooo permandangan kat Ma'had Tahfiz ni. Sejuk mata memandang.




Masa untuk balik, kata nenek dia. Actually dia still lagi nak santai santai tengok ikan kat situ. 




Sebagai anak yg baik dan menurut kata, once kita ajak dia balik... dia akan ikut cakap kita tanpa memberontak. Semoga berkekalan sampai bila-bila sikap baik mu ini duhai anakku.. amin.




Ni dia video persembahan dia haritu. Happy watching. Slow je suara dia... haha. Malu ler tu ^_^