Surah Al-Quran Yang Perlu Di Amalkan Ketika Hamil :)


Salam n Morning uols :) Siapa yg tgh mengandung kat sini, please stand UP *__* Hehe. Since zie jugak sdg preggy...so harus kooo zie google search ayat-ayat al-quran yg manakan yg sesuai utk ibu-ibu yg mengandung amalkan utk di baca setiap hari.

Jom kita sama-sama amalkan semoga anak yg dikandung menjadi anak yg soleh :) AMIN.


1) Ayat Kursi dan ayat akhir Al-Baqarah
--- menghindarkan anak yang dikandung juga ibu yang mengandung daripada bisikan dan gangguan syaitan. Di susuli dgn Surah 4 Qul

2) Surah Yusuf
--- Untuk mendapatkan anak yang comel/cantik

3) Surah Luqman
--- Untuk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

4) Surah Maryam
--- Untuk mendapatkan anak yang soleh

5) Surah An-Nahl ayat 78
--- Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

6) Surah Al-Imran ayat 38
--- Doa memohon anak yang baik

7) Surah Ibrahim ayat 40
--- Doa agar anak tetap mengerjakan solat

8) Surah Al-Baqarah ayat 128
--- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

9) Surah Yassin ayat 22 – 23
--- Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

10) Surah As-Sajdah ayat 7-9
--- Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

11) Surah Al-Furqan ayat 74
--- Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Insya'ALLAH...dgn izin ALLAH SWT, apa yg di inginkan utk anak kta miliki akan ALLAH makbulkan dgn izinNYA. Apa yg penting, buatlah sesuatu IKHLAS kerana ALLAH SWT ek uols :)

Jom kita amalkan, Insya'ALLAH akan kita mendapat anak yg elok budi pekertinya :)











Blog Pilihan Entry Ini :)
::::::::::::
TRIOLICIOUS COLLECTION
-- Click SINI :) tempat menjual
pelbagi jenis shawl yg sgt cantik
dgn harga yg murah je :) check it
out uols yg penggemar shawl ^_-

:: (nak being featured in this
section? Jadilah salah seorg
drdp pengiklan zie :) Click
---- Here! utk lihat pakej ::





Redbloodsnow Copyright©

9 comments:

~~Home Made Chocs~~ said...

salam.. sy dh amalkan.. alhamdulillah dpt ank yg comel & bijak.. ade masa nanti jenguk la fb sy Sharzanis Zaki.. :)

Mr feckry said...

suami isteri kene baca tau

A'ishah Kamaludin said...

Anak saya dah masuk 9 bulan

Masa mengandung dulu dapat wat semua kecuali Al-Baqarah dan Al-Furqan

But thanks for sharing. Maybe I still can recite it since my baby masih breastfeeding. Hopefully ada kesan..

To Kak Zie and Abg Dillah,
Good luck in preparing yourself to parenthood!

CHU MAJORFLAVA said...

tq 4 ur info!!=D..sama2 kita ngamalnya lak

Azzah said...

thanx dear share..azzah pun tengah tunggu hari ni..

eT said...

InsyaAllah...kite ingat Dia...Dia ingat kite.. :)

[PCL] said...

bila baca kat sini , teringin lak isteri mengandung lagi..:P

Bunny Nur Riena said...

yer betul Zie.. memang bagus amalkan membaca surah2 Al-Quran ni ketika hamil... macam Baby Haiqal, dia sekarang ni memang comel dan suka sangat dengar surah2 al-quran dan nampak kebijakan dia.. :)

Cik Rose Cute said...

semua surah tue elok ketika ibu mengandung...