Panduan Bentuk Bibir Supaya Menyerlah




Rasanya semua kita nak bibir yg cantik, sihat dan menyerlah tanpa calitan sebarang lipstick, kan? Jom kita kenali Mitos dan Fakta tentang membentuk bibir supaya kelihatan  cantik, sihat dan menyerlah w/pun tanpa sebarang lipstik or lip balm ^_-

....sharing is caring +__+

::
::
::
::
::

Mitos 1 :-
  • Product perawatan bibir seperti perapi bibir, perlindungan bibir ataupun lip balm beraroma buah boleh menyebabkan bibir kering atau pecah

Fakta :-
  • Aroma di hasilkan kandungan pewangi atau perisa hanya unsur tambahan. Semua produk perawatan bibir biasanya mengandungi pelembap seperti Vitamin E atau pelindung tabir suria yang sesuai dioles ke bibir.

Mitos 2 :-
  • Menggunakan gincu bibir jenis matte (tidak berkilat) boleh menyebabkan bibir kering.

Fakta :-
  • Bibir mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka dengan sinar matahari. Jika bibir kering apabila mengenakan gincu bibir matte, ia adalah disebabkan kandungan minyak dalam bahan pelarutnya terlalu sedikit, bahkan tidak mengandungi air. Penggunaan yang terlalu kerap menyebabkan bibir tidak terlindung dan menjadi kering.

Mitos 3 :-
  • Kebiasaan menjilat bibir membuatkan bibir sentiasa kekal lembap.

Fakta :-
  • Air liur mengandungi kelenjar dan enzim tertentu. Kebiasaan menjilat bibir boleh menyebabkan iritasi pada kulit bibir yang tipis hingga mengakibatkan bibir bertambah kering.

Mitos 4 :-
  • Menambahkan olesan gincu secara berulang selepas warna asal yang disapu hilang tidak mendatangkan sebarang mudarat.

Fakta :-
  • Sebaiknya bibir dibersihkan terlebih dulu sebelum menyapu warna baru jika sapuan pertama dibuat selang beberapa jam. Ini kerana sapuan pertama tadi sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan sisa makanan. Jika diteruskan juga, dikhuatiri akan mencemarkan stik gincu anda.

Mitos 5 :-
  • Amalan menyapu madu sebelum tidur menjadikan bibir lembap dan sihat.

Fakta :-
  • Madu mengandungi kadar gula yang memberikan nutrisi pada bibir selain dapat menggantikan pelembap bibir. Selain madu, masker parutan aprikot dan lidah buaya juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk bibir.

Mitos 6 :-
  • Merawat bibir dengan bedak, skrub atau produk pengupasan kulit (peeling) selain membuang kulit mati pada wajah, juga boleh dikenakan pada bibir ketika membersihkan muka.

Fakta :-
  • Produk pembersih wajah mengandungi zat pembersih aktif, sabun yang kuat serta butiran skrub yang kasar. Jika disapukan pada bibir, akan akan menyebabkan iritasi pada kulit bibir yang halus.






Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog Izza a.k.a SweetHoney86
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::



Zie MadinCopyright©

2 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

good tips kak.. ena memang ada masalah bibir sedikit sejak kebelakangan ni.. huhuhuhu

bb_nona said...

tq!!! aww bibir sexyy..hahaa

kak, nak bedak tanaka free?or skirt, atau beg free? atauu minyak wangii free??
mehhh..terjahh siniyy...mane tahuu rezeki anakk..meh laa..1o hr je offer nii..heee~

http://nonasani.blogspot.com/2013/07/segmen-jom-pilih-hadiah-raya.html