Resepi Shepherd Pie






Nih, Zie nak kongsikan cara cara membuat shepherd pie versi Zie. Senang je sebenarnya nak buat benda alah ni. Zie ngelat je kebanyakkannya. Hahaha. Bahan bahan yg diperlukan sprt di bawah ni :D


  1. Kentang (di rebus kemudian di lenyek)
  2. Daging/ayam kisar
  3. Prego Pasta Sauce (hehe...kan dah kata ngelat tadi. Haha. Zie guna sos prego yg mushroom tu)
  4. Mix Vegetable (kalau nak. kalau tak nak... boleh skip)
  5. Mushroom
  6. Cheddar cheese (kalau tak nak cheese, boleh ganti dgn kuning telur)
  7. Garam dan lada 


Step 1 -- Lenyekkan kentang yg direbus bersama sama dengan sedikit garam dan lada. Ikut tekak sendiri ea sukatan tu. Kalau yg jenis pemasin, letak je sekilo garam. Haha. Kidding!

Kentang yg sudah di lenyek akan dijadikan bahan lapisan.




Step 2 -- Masakkan bahan utk dijadikan ini. Campur kan mix vege + mushroom + prego sos tadi. Tambah perasa sedikit. Zie guna perencah cukup rasa :P If nak ada rasa lada... letak je lada.

Bila inti sudah siap di masak. Ketepikan dulu

Step 3 -- Sapukan bekas dgn minyak atau butter. Utk mengelakkan daripada melekat.



Step 4 --- Letak lapisan pertama kentang yg di lenyek tadi. Tekan tekan utk bagi rata :)



Step 5 --- Masukkan inti. Part ni best bila buat sendiri shepherd pie. Boleh letak sebanyak manak kau nak...janji ada ruang utk lapisan terakhir kentang lenyek.



Step 6 --- Hampir siap! Lapisan terakhir kentang lenyek. Kiranya utk tutup inti ler ni ea. Tekan tekan utk ratakan. 



Step 7 -- Kalau uols jenis yg suka cheese, boleh je guna cheddar cheese utk hiaskan  bahagian atas kentang lenyek tu. Tapi if uols jenis tak suka cheese. Boleh gantikan cheese kepada kuning telur.

Kalau guna kuning telur, uols kena sapu rata ke semua permukaan ye. Kuning telur ni utk bagi permukaan kentang tu jadi keperang perangan. Kira cantik ler sikit daripada pucat tak berseri kan. hehe.

Lepas tu... pi bakar kat oven. Zie letak 15 minutes






Tadaaaa! Inilah hasilnya. Sebab Zie tak nak cheese dia ada sedikit terbakar mcm gmbar pie yg kedua di atas tu. Zie pi bakar pie tanpa cheese dulu selama 15 minit. Lepas another 5 minutes utk bakar yg sudah di parut cheese. 

Hasilnya...tiada kelihatan cheese yg keperang perangan. Hehe. Baru tak nampak over cooked cheese tu kan. Hehe. Apa apa pun, selamat mencuba! Xoxo





8 comments:

Nieyl said...

Singgah petang sdi sini =)
adoi...sedapnyer....

Soidah Sofi said...

Wahh macam best..bila2 nti bleh try

Gunawan Efendi said...

Jadi nggak sabar pengen praktek di rumah..

Terima kasih..

shah said...

sedap nampak tu

Nadia Rajami said...

bpa egek kentang pkey ktk, sis?..

ztie said...

kenak kmk sik suka makey prego sos ya ow.. kmk salu modified sos ya. hahaha... lain org lain selera la kali. kmk rasa nya masam glak kali. or .. erm..

Zie Madini said...

NADIA
-- hehe..agak² dikpun sis. kmk sik juak kira brapa egek kentang di pakey. Tp selalunya kentang habis sebelum inti habis. hehehe

Ayu Jafri said...

Wahh... sedapnya!nyum2.... tq for the sharing dear.. 😄😄