Resipi Ikan Bawal Masak 3 Rasa Ala Zie Madini



Nih uols... hari ni rajin plak rasa nak kongsi resipi kat uols. Kali ni Zie nak kongsikan resipi Ikan Bawal Masak 3 rasa ala Zie Madini ea. Hihi. "Modified" sikit dari resipi asal...hihi. Ikut bahan bahan yg ada di dapur je. 

....malas nak ke pasar cari bahan bahan. Hihi. 


BAHAN-BAHANNYA :-
  • 2 ekor ikan bawal saiz sederhana besar, disiang dan cuci bersih, toskan **
  • Sedikit garam **
  • Sedikit lada sulah **
(** disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
  • 3 camca besar tepung jagung (haa,, part ni zie gantikan dgn tepung instant yg org guna buat goreng ayam...hihi. Coz takde tepung jagung)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus (Zie plak tak nak hiris halus... zie potong bulat :P)
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia, cincang halus
  • 1 biji tomato, cincang halus (cara zie plak, zie potong dadu)
  • 1 camca besar sos tomato (since di dapur zie tak sos tomato, zie guna so tiram. bhahaha)
  • 3/4 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan cili sos
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa (zie guna perencah cukup rasa)
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan (zie gantikan dgn daun ketumbar)
  • Hirisan cili merah untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata-rata. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...
-- Original recipe dari Mat Gebu (click to view)




Siap sudah. selamat mencuba ye uols. Nak gak Zie tgk version uols plak. If ada yg try resipi ni, sila tinggalkan link di ruang komen ek. Nak tengok ur version plak. Hihi. Selamat mencuba, uols! Xoxo...








2 comments:

Lea Ismail said...

nyaman jak rupanya zie

adda syuhada said...

adda suka jugak ikan masak 3 rasa nih.. sedap!