Mencuci Rumah di Kuarters




Huhu... ada berpindah rumah. Tak kisahlah pindah ke rumah baru atau rumah lama... kompom akan ada sesi cuci mencuci rumah. Hihi. Weols dapat kuarters yg bekas org tinggal. Terfikir gak weols, mcm mana lah penghuni lama tu boleh tinggal kat dalam keadaan rumah yg tak bersih.

...bahagian dapur paling teruk "berkarat" dinding tu. Huhu. Gotong royong kooo weols laki bini cuci. Zie tukang gosok dan lap. Husband plak final mopkan dinding kasi betul² bersih. Mana² bahagian yg tak tercapai dek Zie, husband yg sambung.




Tadaaaa!!! Bersih sudah dari segala kesan² kotoran. Boleh bukan iklan pembersihan ni. Gunalah Cream Cif! Bhahahaha :P Letih koooo...but seronok! :D Bila keadaan dinding dapur dah cantik, putih bersih... baru ler berselera sikit nak masak memasak. hihi

...moral buat kita, tak kisahlah kita duduk kat rumah sendiri ke, rumah sewa ke mahupun rumah kerajaan... harus rajin²kan lah diri tu bersih rumah. Pesekitaran nya bersih adalah "Cermin" diri kita. Dari situ org dapat nilai tahap kebersihan kita.

Buat yg duduk kuarters/rumah sewa,... jgn sekali² kita tanam dalam minda kita "ni bukan rumah aku, watpe aku jaga elok²"... jangan, okay. JANGAN! Tak baik gitu. Fikirkan org lain yg akan duduk selepas kita. Semaikan sifat tanggungjawap tu sikit.




4 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

wahh. dah bersih, hee

eima said...

bila nk pindah ni ....

Hanis Amanina said...

dulu masa masih duduk rumah sewa, ayah memang akan pastikan yg rumah tu selesa untuk org lain masuk lepas kitorg pindah keluar. bersihkan rumah masa nak keluar sama cantik macam mula2 nak duduk. kesannya, orang lepas kitorg, pindah masuk terus hampar carpet, susun sofa bagai. T_T

jeles tu memang la jeles, haha sebab dapat rumah yg keadaannya tak secantik macam kita bagi kat orang. tapi, mudahkan urusan orang lain, banyak pahala insyAllah :)

Zie Madini said...

HANIS AMANINA
-- sama lah macam husband Zie, dik. Before dia keluar dari kuarters dia di Sri Aman... memang dia bersih habis. Siap sapu semua debu². memang bersih habis.

so that org yg masuk selepas dia nanti just masuk gitu je tak perlu cuci bagai dah. Betul tu hanis, takpe... besar pahala kita memudahkan urusan orang lain :) Insya'Allah...