Kehilangan Dompet...




Last sunday, pergi birthday party anak buah husband kat rumah Mak Mentua :) Birthday party diakhiri dengan kesedihan bagi Zie... huhu. Coz Zie kehilangan wallet :( Biasalah bila ramai org... if tak hati² simpan handbag... semestinya kes cam gini akan terjadi. Lesson learned




Disebabkan kes zie di klasifikasikan sebagai kecuaian (sebab polis yg ambil report tu refused utk letak di curi tapi letak hilang dalam simpanan sebab terjadi kat rumah katanya. Akibat tak berani nak melawan pihak polis... sign je lah.. last² bila sampai kat JPN... JPN  klasifikasikan sbg kecuaian instead of kecurian...uwaaa! Terpaksa kooo aku bayar denda. Kalau tak... tak perlu bayar apa²... sedihnya.

...so uols, if hilang I/C akibat wallet kena curi... jangan sign selagi polis tak letak ayat dicuri. Kalau tak, uols akan byr denda sekiranya kes diklasifikasikan kecuaian. Sila take note ye uols. But jgn ler sampai korg tak nak byr denda, buat report ubah cerita sebenar.

...tak berkat menipu. Huhu.



Nasib baik ada UTC kooooo uols. Kalau tak...  terpaksa Zie ke hulu ke hilir drive pergi headquaters JPN and JPJ. Syukur sangat² ada UTC. Dalam masa setengah hari je, siap sudah semua urusan dan officer in charge kat jabatan² semuanya ramah. Thumbs up buat dorg.

...kat UTC, Zie renew I/C Zie, Mykid Mikail dan Lesen Memandu :)




Setengah jam je tunggu... siap sudah. Hehe. Bestnyaaaa. I love u UTC. hehehe. Ambil masa setengah hari... semua urusan siap ^_^ Kat JPJ ada lambat sikit tunggu...sebab ramai giler org weh. Huhu.



nak dijadikan cerita... boleh kooo Zie lupa kat tingkat mana Zie parked kereta Zie. Plak tu before keluar dari kereta masa mula² masuk, lupa nak snap gambar. Hasihh. Inilah yg payahnya if pergi uruskan urusan sorg²... sure part nak balik ke kereta akan kesesatan. Hahahaha

...terpaksa lerrrr zie menawaf tingkat demi tingkat kat parking lost tu. Rasanya pengsan...dahlah pakai high heels, adeh! What a day.... :(




Akhirnya jumpa kereta kesayangan. Rupanya dia melepak di ground floor.. huhu. Sakit giler hati. hahahaha. Sabar je aku dengan kenyanyukkan zie ni. Huhuhuhu





2 comments:

Kak Nieyl said...

Senang bila segala urusan di lakukan 1 tempat :)..
jimat masa...jimat minyak...jimat tenaga :)

Sheila Adziz said...

alahai dah settle ic x jumpa parking lak ye sis.... sabar je la.... hehe