Resepi Milky Butter Prawn



Salah satu daripada makanan kegemaran husband, Butter Prawn. But kali ni, Zie ubahsuai sikit resepi butter prawn yg asal. Zie tambah susu pekat. Still guna susu cair, but tambah gak susu pekat so that taste dia ada a little bit milky milky taste gitu...

...thats why zie beri nama resepi ni Milky Butter Prawn. Hihi





Zie guna Udang Galah fresh. Heaven kooo makan udang galah yg still fresh. Manis je rasa... perghhh! Niatnya Zie nak kopek kulit udang galah tu, tinggal sikit kulit kat bahagian ekor je. Tp husband cakap dia lebih suka di masak dgn kulit kulit...

...kemanisan natural udang tu akan semaki terasa. Hemprhh....ikut tekak husband je lah. He's the boss...hehe. So Zie just belah bahagian belakang je. Utk keluarkan perut dia. Then gaul guna tepung berempah adabi.

Dibawah ni resepi dia ea.


Bahan-Bahan :-
4 ekor Udang Galah
2 biji Telur ~ ambil telur kuning je 
100g Butter
4 ulas Bawang Putih ~ dicincang halus
2-5 biji Cili Padi ~ ikut selera pedas sendiri. Part ni zie skip, sbb tak suka pedas
3 dahan Daun Kari
Halia ~ di potong secara lurus dan panjang-panjang mcm zie potong carrot ** refer gambar
Serbuk Kari ~ optional
Tepung Goreng ~ zie guna Tepung Goreng Serbaguna Adabi
Tepung Gandum
Susu Cair 
Susu Pekat
Gula, Garam dan lada ~ zie guna serbuk Cukup Rasa


Cara-Cara Memasak :-
  1. Pukul telur kuning. Panaskan kuali dan masukkan Butter. Guna api sederhana. Bila Butter sudah cair kesemuanya, masukkan telur kuning.
  2. Cara masukkan telur kuning, perlahan-lahan tuang pada jarak yg tinggi sambil tangan yg satu lagi mengacau tanpa henti. Supaya hasil dia cantik. Bila telur sudah kuning keemas-emasan, Tapis guna penapis besi dan asingkan.
  3. Udang galah digaul rata dengan Tepung Goreng dan goreng. Setelah siap mengoreng udang, asingkan.
  4. Masukkan sedikit Butter, tumiskan Bawang Putih, Halia dan Daun Kari sampai naik bau. Masukkan sedikit Tepung Gandum dan terukan menumis tanpa henti. Jangan sampai tepung gandum bergumpal ea.
  5. Masukkan sedikit air (part air ni, ikut uols, if nak kuah pekat mcm zie... masukkan sedikit je. Rasanya 100ml kot). Masukkan susu cair dan susu pekat. Sukatan dia... pandai pandai agak sendiri ea...hehe
  6. Bila kuah sudah kelihatan pekat, tambahkan bahan perasa. Kemudian masukkan Udang Galah yg sudah di goreng tadi.
  7. Masukkan Telur Kuning yg sudah di goreng dan gaul sehingga sebati dgn udang galah.
  8. Hias pinggan dan siap untuk di hidangkan ^_^




Untuk hidangan semakin kelihatan mengeliurkan, taburkan Parsley flake ^_^ Selamat Mencuba uols. Emak kata, nak pikat suami or bakal suami... kenalah pandai pikat perut dia dulu. Cewahh...hehe. Its just a saying ye uols.

...in where Zie not so agree with it. Bagi zie, kasih sayang dan cinta seseorang kpd kita tak perlu ada sebab. If bersebab, bukanlah cinta yg ikhlas namanya :P

Apa apa pun, Selamat mencuba!


2 comments:

adda syuhada said...

mmg sesuai utk juadah pose... sbb simple jgk resepinya

wanmulianidotcom said...

Amboi sedapnya Zie, udang tu mesti syok sangat coz FRESH...