Sandal Raya Buat Mikail




Weols anak beranak shopping awal untuk raya tahun ni memandangkan di Kuching ni sana sini tengah on Gawai Sales. Malas sangat nak shopping time bulan puasa...keletihan dan kehausan nanti. Hahaha. So last week weols belikan sandal. 

Cari di Sarawak Plaza banyak pilihan untuk budak² :)




Terus dia grab sandal yg ala² sandal Nike dia...haha. Semestinya lah tak beli yg gitu. Raya tahun 2014 dah pakai yg jenis gitu. Tahun lepas dia berkasut. Since leceh nak nak buka and pasangkan balik kasut... tu yg tahun ni raya, weols laki bini decided bagi dia sandal je untuk raya.

...cepat dan pantas je nak buka dan pasangkan time gi visiting rumah orang nanti. Hehehe




Papa dia tukang try... mama dia tukang snap gambar untuk blog kesayangan. Hehehehe :P




Tahun ni sandal raya Mikail pattern celoreng army for Adidas. Hihi. Yg jenis velcro tape ni best...sangat senang kau nak buka dan pasangkan di kaki anak nanti. Happy dia dapat sandal baru. Terus nak pakai... haha.

...of coz tak bagi dia pakai dulu lah. Kang nanti tak jadi sandal raya kang...hehe




2 comments:

Haryz Khairuddin said...

tajuk entri dah boleh buat tajuk drama melayu.. hoho

tu la.. better beli persiapan raya siap2. ramadhan nnt boleh fokus sikit.

Zie Madini said...

HARYZ
-- hhahaha... tu la pasal :D