Hugo Boss Bottled Unlimited Buat Suami



Sebelum ke Airport hantar biras (abang ipar suami) dan kakak ipar Zie balik KL, weols anak beranak singgah kejap di Plaza Merdeka. Nak belanja husband perfume. Hihi. Sebelum shopping, kita selfie dulu! Hihi. 

....Mikail menyemak...arghhh! Ajak bergambar sama² dia tak nak. Mengacau orang bergambar, dia nak. Grrrrrr.... grrrrrr.





Tengok... si kecik ni yg paling excited nak pilih perfume. Hahaha. Teruja nah dia mengalahkan papa dia. Mula² husband ingat nak beli  perfume DKNY. Zie dah gitaw dia, perfume perempuan. Dia kata ada DKNY lelaki. Since zie ni bukan kaki perfume... hanya setia guna sejenis je perfume (Paris Hilton botol pink tu je yg zie suka pakai), so iyakan aje lah.

...alih² sales girl tu gtaw semua perfume DKNY tu utk perempuan. Hahaha. Kempunan kawan oi. Hahaha. Cakap bini tak nak dengar :P




Sudahnya terus dia ke section Hugo Boss. Dia memang penggemar perfume Hugo Boss. Pelbagai jenis keluaran dia ada. Macam² je koleksi botol dia kat rumah. Nama pun dah kaki perfume kan. Unlike bini dia ni. 

...pakai pun, pakai di rumah je perfume. Kekadang je sembur bila kuar jalan². Hihi





Zie belikan dia Hugo Boss Bottled Unlimited 100ml ni. Dapat Freebies 2 samples perfume dan 1 tube shower cream Hugo Boss Bottled Unlimited 50ml plus rebate voucher RM30. Seronoknyaaaaaa. Kalau beli yg gift pack (in where 100ml perfume + Deodorant), takde dpt free gift. cuma dapat rebate voucher RM20 je.

....tak berbaloi. Better beli perfume je. Pelbagai free gift kau dapat. Ken pandai buat pilihan...hehe.





Pssttt...ni lerrr yg seronoknya bila kau shopping di Parkson. Hasil dari pembelian perfume tu tadi...dapat RM50 cash voucher. Seronoknyaaaa. Terus suruh husband redeem bonuslink point. Dapat gak lerrr Zie merembat something gune voucher ni nanti. Haha





Tapi....terpaksa beralah dgn anak. Huhu. Dia yg nak rembat toys guna voucher tu....uwaaaa!! Tp dia hanya guna RM20 je. Meaning still ada RM30 buat diri sendiri. Belum lagi di tambah dgn cash voucher hasil dari bonuslink redemption lagi. Kaya mak noks.

...ceaaa terus kaya. Walhal bila dah di campur semua voucher tu, baru je RM80 in total. Hahaha. Over! :D





1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Seronok bila membeli dapat free gift dan voucher.. rasa berbaloi..