Resepi Meatball with Black Pepper Gravy




Masakkan western terbaru Zie. Hihihi. Time ni tengah² malam kooo Zie buat. Supper for husband in where dia baru je balik dari duty. Wajib hidangkan dia makanan yg menyelerakan. Tak lama kooo masak benda alah ni. Dalam masa 20minit je. Sungguh ni.

....itu pun if uols guna instant meatball lah. Just tinggal kau nak goreng je. Haha. So, dibawah resepi dia ea. Resepi ni cara zie masak tersendiri taw. if berlainan dari step kau buat, dok diam². Kan dah kata resepi buatan sendiri. Hihi

Bahan²

  • Meatball -- Zie guna Ramly Meatball
  • French Frie ** Optional
  • Bawang Holland -- dipotong dadu
  • Butter 
  • Sos Tiram
  • Sos Lada Hitam
  • Kicap Pekat
  • Lada Hitam -- di tumbuk kasar **Optional
  • Susu Segar / Susu Cair 
  • Tomato
  • Bahan Perasa
  • Tepung Gandum
  • Sedikit Air 
Cara² Membuat
  1. Cairkan Butter (jgn guna magerin taw. Nanti taste kureng). Bila Butter sudah cair, tumiskan bawang holland sehingga layu, jgn sampai garing taw. Nanti pahit rasa kuah kau nanti. Tak best
  2. Masukkan lada hitam yg di tumbuk kasar (sekiranya uols ada guna lah ea. If takde, skip part ni). Masukkan tomato. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul. Jangan sampai tepung tu bergumpal ea.
  4. Bila tepung dah sebati dgn bahan² yg lain, masukkan sedikit air. Sukatan sendiri agak² ye. 
  5. Lepas tu masukkan sos tiram sedikit, sos lada hitam dan kicap. Kacau sehingga Mendidih.Then masukkan bahan perasa. 
  6. Bila lihat kuat dah ala² pekat. Padam api dan standby blender.
** Sukatan utk semua bahan, uols semua agak² sendiri ye. Sebab zie pun main agak² je. Hahaha. Tak kuasa nak sukat menyukat. Nak cepat :P

Oh ya. Utk Meatball dan fries, goreng kan je. 




Ni part utk blender kan kuah meatball tu. Actually if uols malas nak blend pun takpe. Cuma hasil dia mcm tak halus je kuah. Tak cantik plak mata memandang. Hihi. But if nak skip, boleh je skip. Sila kan. But advice blend if uols nak dia kelihatan ala² di western restaurant bila dihidang...ceaaaa. ^_^

....bila siap blender. Tuangkan kuah ke atas Meatball yg sudah di goreng tadi. Hiaskan kalau rajin, then tadaaaa.... siap sudah. Boleh bukak western cafe noks...eh! Hahaha

Selamat mencuba sayang² semua :*





2 comments:

Shahida Dzulkafli said...

pergh!! Mengancam..

Caff said...

Time mana nak letak susu cair em?