Menjamu Selera di Kedai No. 25,Top Spot Kuching




Hehehehe... nyempat weh jadi Pokemon Huntress ^_^ Tangela tu pun nak makan seafood gak... hihi. Ni last month nyer story ni. Tertunggak nak ngepos coz kebizian dgn kerja opis, kerja online dan kerja² di rumah. Tu yg blog kembali terabai tu...huhuhu



Weols pergi berdua je. Sebab time tu husband zie on night watch. Tu yg tak dapat join weols colleagues gathering. Some sampai lewat ler plak...hehe. Semua gara² tetiba je hujan macam ribut. So terkandas ler jawapnya dalam traffic jammed.




Time awal² je dapat selfie. Once dah start makan... abaikan handphone. Tangan kotor bah. hehehe. Sah sah lerr handphone zie di conquer oleh Mikail. Happy seakan dia menangkap Pokemon. 




Butter Prawn - sejujurnya, sedap lagi aku masak weh. Hehehe. Sedap memang sedap, but once kau dah reti masak butter prawn sendiri, sure nyer akan say --> "Sedap lagi aku masak"... hahaha

Oyster Omellete. Yg ni, kau kena masak masa dia still panas². Time dorang hidang, terus kau makan. Kalau kau tak makan cepat², akan jadi tak sedap once dah tak ranggup. So, kena makan masa still ranggup. Macam keropok ikan goreng... kena makan immediately gitu. hehe


Sea cucumber soup -- A MUST ni kalau zie makan di Top spot. wajib order. Sangat suka makan benda alah ni. Hihi


Signature menu -- Midin Belacan -- Dan sekali lagi, sejujurnya... sedap lagi yg aku masak, Eh! Hihi. But if compare to Midin Belacan di Singapore Xpress... perghhh... terbaik ko Midin Belacan di Singapore Xpress tu. Tak caya? Cuba ler... baru tau sedap tak sedap versi Singpore Xpress ^_^


Sotong Masak Kicap --- yg ni kejadahan entah Ms. Lu pergi order sotong masak kicap ni. Soooo menu dirumah zie ni. Hahaha. Cubalah order menu yg menarik sikit. Ni menu biasa je dia order. Haishhh. Makan je lah, since dia ajak pi sama² order, zie tak nak. Leceh bawa budak berhempit² di dalam ramai... huhu


Ikan Merah (** errr...kot? Haha) Masak Sambal. --- Haaaa... yg ni sedap. 


Sweet and Sour Chicken --- again.... sedap lagi masakan aku. Hahaha. Ni lah yg payahnya bila pandai memasakkan :P Cewahhh


Haaa...selamat menjamu selera mata ye uols. Buat yg belum lagi lunch tu.... whoopsiii, my bad! Hihi. Kalau ke Kuching, sarawak. Jangan lupa singgah makan Seafood di Top Spot Bukit Mata. Dan semestinya di Kedai No. 25 ^_-

Sedap² menu dorg saljikan. Plus.... takde nya kau berkurun tunggu. Sepantas kilat akan terhidang. I like! 




1 comment:

Rosmiza Ali said...

Midin tu nampak menggiurkan..