Yayyyy!!!! Dah Ada Dah Final Fantasy XV dan TV Untuk Main Games



Dari zaman anak dara sampai lah ker zaman emak orang ni, tabiat main games Final Fantasy series ni memang tak boleh di buang². Zie jenis stick kepada satu game je. Main sampai habis, baru beli games baru. Unlike husband zie.... satu belum habis, dah beli satu. 

...guys... hahaha.





Untuk keselesaan weols dua laki bini dan anak bermain, sanggup kooo husband beli satu lagi TV baru khas utk main games...haha. Tu dia, bila laki bini kaki main games. Hahaha. Kaki games takpe, asalkan jangan kaki perempuan




Si kecik ni lepas dia belajar, baru boleh dia main games. Kalau tak, a big NO NO NO. So salah satu pemangkin semangat di hendak belajar. hihi. Zie dan husband plak, ada part weols berebut nak main koooo. hahaha. Tu dia...hahahahah




Akhirnya JUMPA! H&M Maternity Section




At last! jumpa gak zie section maternity wears. Tinggal 4 bulan je lagi my pregnancy. Baru jumpa. Hahaha. Rupanya hanya di The Spring H&M je ada jual pakain maternity. If tak jumpa, ringankan mulut tanya dengan sales girl/boy ye. Jgn jadi mcm zie.

Jenuh pusing² (sebab luas sangat H&M di the spring tu), sudahnya bila letih, baru reti nak ringan mulut bertanya. Haha. 



Zie hanya rembat sehelai je maternity Skinny Jeans. Niat hati nak rembat 2 helai seluar mengandung taw. Tp nak raya kan... kena ler jimat². Gaji bulan 7 je nanti zie beli sehelai lagi seluar mengandung utk dipakai time kerja. Macam rimas plak zie dok pakai jubah or dress...haha




Throw Back Entry : Rambut Raya Mikail


Sehari sebelum Hari Raya bulan lepas, wajib koooo weols ke kedai gunting rambut utk gunting rambut si kecik comel zie ni. Uols tgk apa yg dia bawa sekali ke kedai gunting rambut tu....alahaiiii. Tak cukup dgn kain lampin, bantal dia angkut sekali weh.

....dahlah bantal cover dia tu bunga² nenek dia buatkan. Hahahaha. Akan mama print gambar ni utk tunjuk kat kau bila dah besar nanti. Hahaha




Dia dari dulu sampai sekarang, jenis tak takut di gunting rambut. Syok lagi ada dia. Tahu dia kot nak hensem². Tu dia suka je bila gunting...hehehe





Result dia....Handsome anak mama ni ♥ Sejuk mata memandang. Now dah sedia dah utk beraya keesokkan harinya...kan mikail kan. Hihi. Pssttt... time raya ni, double charge kooooo gunting rambut fee dia. Huhu. Takpe, janji anak aku dah handsome, berbaloi bayar mahal. hihi




Raya Ketiga : Dillah & Zie Raya Open House




Kuah untuk Spaghetti Meatball Bolognese in the making,.. Hihi. Ni je gambar juadah yg zie sempat snap. Lepas tu tak snap². Keletihan dan kesibukkan. Takde masa nak ambil gambar bagai. Hahaha. Hari Raya Open House weols laki bini tahun ni... last minute decided nak buat

actually zie tak nak buat, sebab kekonon tak larat nak bermasak. Sudahnya... takde feel raya if tak buat masak² dan makan². So... last minute ke Mydin (nasib buka masa mlm raya kedua), beli bahan² utk masak juadah utk esok. Juadah yg si mak buyong ni masak :-

  • Ayam Masak Merah
  • Daging Masak Hitam
  • Spaghetti Meatball Bolognese
  • Spaghetti Seafood Carbonara
  • Nasi Himpit & Pulut
  • Cheese Cake
Tetiba rasa bangga plak masa semua (KECUALI nasi himpit & Pulut. Nasi himpit husband masakkan, Pulut plak, emak zie masak) tu sorg² time tengah mengandung 6 bulan. Hihi. Semoga anak lahir nanti bila besar, if perempuan... pandai memasak. Hihi. Aminnnn






The Mak Buyongs! ♥ Haha. Sorg due awal bulan 8 (chu). Sorang lagi due awal bulan 11 (Zie) Thanks for coming uols.




Colleagues yg paling rapat dgn zie. My geng keras di opis amoi² dua orang ni taw. Ms. Tay dan Beverly. Mikail mesra alam dgn dorg taw. Ngada anak aku tu....haha. Thank for coming my dear ♥




My ex-colleague, Jenny Lilly. Lama tak jumpa dia. Kiranya setahun sekali gak ler jumpa si mummy cantik ni. Kau tengok zie, berkaki ayam tueee...haha. Takpe, natural foot relexology katanya. Hahahaha. Thanks for coming Jenny!

...tu je gambar² with kawan² yg sempat di ambil. Lepas tu... tak menang tangan bila tetamu keeps on datang. Ini barulah suasana di hari raya. Hihi





Throw Back Entry : Dia Tutup Kaki Ler Pulak




Last month, sehari sebelum Hari Raya... Zie ke Klinik Yii (kat bawah office zie je)... utk scanning baby. Ikut schedule yg KKIA tetapkan. Sangat puas hati koooo scan baby kat Klinik Yii ni. Doktor dia scan teramat sangat details.



Pastu tak lokek bagi gambar. 4 keping gambar okeh. Kat tempat lain, selalunya weols dapat sekeping je. Worth it sangat². Gambar dua atas tu, dari kiri : Gambar Perut. Sebelah dia Gambar jantung dia sekali dgn bunyi degup jantung dia. Irama yg sangat bermakna dalam hidup zie.

Dua gmbar di bawah plak, dari Kiri : Gambar Kaki dia (doktor keeps on kata, tinggi dia bila besar nanti sebab kaki dia panjang). Sebelah tu plak, gambar kepala dia ♥

Bila doktor mula nak check jantina dia, mula² elok je dia tidur, Bila doktor nak check tuttttt dia.... macam tahu² je dia... terus dia gerakkan kaki dia, dan tutup kaki dia dari terkangkang. HAHA. Malu ye, nak. Byk kali doktor tu cuba "skodeng"... still tak nampak.

Takpe, surprise! hihi. Membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahim mama ye sayang







Hari Raya Pertama dan Kedua




Hari Raya Pertama, baju raya weols tiga beranak bertemakan warna Putih + Hitam. Raya tahun ni, husband dan Mikail tak berbaju melayu. Dorang berkurta je. Senang nanti bila dah lepas raya still dapat pakai buat jalan² biasa....hehe

Raya pertama, macam biasalah uols. Ke rumah mentua, lepas tu selalunya akan join dgn semua in-laws termasuk mak mertua, konvoi ke rumah grandmother-in-law. Memang akan seharian dgn in-laws je. Mcm tu lah rutin hari raya pertama zie...hehe




Tapi tahun ni, since zie pregnant...and baby suka nah mengeras kat dalam tu. Terpaksa kali ni hanya half day je ikut in-laws sebab tak larat zie. Perlu rehat. Baby mengeras sekeras²nya...ditambah lagi kena migraine...huhu. 

...there go my raya pertama. Sampai ke malam spend di atas katil je berehat. Huhu




Raya ke-2, pagi² dah weols mula visiting adik beradik. Since adik beradik zie nearby je dari rumah weols.... so ke rumah adik beradik zie dulu. Lepas tu baru ke rumah mak mertua lagi... bawa emak zie berziarah di situ plak.




Budak kecik ni, tak dapat berenggang dari mama dia tau. Perut mama dia nie dahlah dah besar. Still dia nak di pangku. Di suruh duduk belakang, bukannya mahu. Dia kata.. "kat belakang sik ada mama"... amboiii. Hahaha






Visiting ke rumah Kiki plak. Setahun sekali weols ni berjumpa dah sekarang. Haha. Niat nak terus beraya di rumah adik beradik husband.... tapi, mcm biasanya. Zie tak larat. Sambung sebelah malam je lah kejap. 



sampai rumah, terus masak mee samyang cheese. Jemu makan makanan raya. Hahaha





Drama Selepas Cuti Raya




Hemprhhhh... anak OH anak. Tak pernah² dia ginie² bila nak turun sekolah walaupun cuti sekolah sepanjang mana pun. Tapi pagi ni....alahaiiiii. Ternangis²... kesedihan yg teramat sangat dia gi sekolah pagi ni tadi. Jenuh si emak ni memujuk. Pujuk lembut, semakin manja dia... semakin menjadi.

Sudahnya pujuk kasar ler jawapnya. Hahaha. Membebel lerrrr zie sudahnya. Budak².... hemprhhh. Susah hati bila tinggalkan di di kelas dgn cikgu dia pagi ni tadi dgr dia meraung nangis. As a mother, tersentuh hati zie dgr tangisan anak

...nak anak pandai kan. Terpaksa ler pekakkan telinga, keraskan hati. hihi




Syukur kata cikgu² dia, kejap je dia nangis. Bila Cikgu hantar di Whatsapp gambar² dia tgh celebrate birthday kawan dia... tgk dia okay. Baru lega rasa hati ni taw. Mikail mikail... jgn mcm ni lagi,. Tak suka mama.




Play Doh Buat Mikail




Si Mikail nie kan, sibuk kite nak belikan baju raya utk dia.... sibuk gak dia mengiyau nak dibelikan Play Doh. Seminggu awal dia dok ter Play Doh Play Doh. Semuanya gara² weols dpt katalog offer ToyRus lah ni. Dia kan suka layan Play Doh di You Tube. 

Tu yg tahu apa itu Play Doh tu...haha. Budak² sekarang... huhu. Memandangkan result study dia utk Semester Pertama amat memuaskan. One of top student di kelas dia (alhamdulillah)... okay lah, mama papa belikan dia Play Doh set tu sebagai reward dia being good in school.

So that Semester Ke-2 nanti dia akan buat yg terbaik lagi. Mudahan tahun ni ambil Anugerah Pelajar Cemerlang lagi dia. Aminnnn.






Tak menyabar² dia nak buat Play Doh box tu. Zie cakap tunggu sampai rumah sebab dia tak reti baca manual instruction tu utk pasangkan Ice Cream Maker tu. Degil....dia nak gak tunjukkan kepandaian dia. So biar je lah...kot² dia akan give bila tak dapat pasang. Hahaha. 

but tu my surprised.... "Mama Mama... tengok ni. Mikail pandai pasang sendiri" katanya. Toleh belakang... aah lerrrr. reti plak dia tengok manual instruction tu n pasangkan sendiri Ice Cream maker tu.... bravo! Hihi.

Sampai rumah terus main. Bila budak kecil main, takdenya dia reti nak asing² kan warna. Suka hati dia je campur²kan warna. Terus macam apa dah clay Play Doh tu. hahaha. Rumah plak, x yah citer lah. Bersepah sesepah²nya. Fenin terus kepala nak kemaskan. Haha

Your 1st and last Play Doh young man. After this no no no. Better bagi kau lego je nak. Takde lah mama letih nak kemaskan sangat. Hihi



DIY Sampul Duit Raya


Memandangkan Ahad nanti dah nak raya kita. Buat uols yg nakkan kelainan dengan sampul duit raya. Meh... zie buat basic tutorial utk buat DIY Sampul Raya. Senang Je.


Bahan² Yang Di Perlukan
  • Kertas - boleh guna kertas balut hadiah sekiranya nak bercorak
  • Gunting/Pen Knife -- utk memotong
  • Double Sided Tape
  • Pembaris
  • Cutting Mat
Cara² buat dia plak, ikut gambar yg disediakan ye. Senang je.






Size ikut kebesaran duit lah ye. If nak standard size utk semua sampul tu, guna je duit yg paling besar dan panjang. Selamat sikit...takde isu duit tak muat ke apa. Always bagi ruang 2cm utk setiap tepi duit tu ea. So that senang budak² nak keluarkan duit ^_^



Taraaa...inilah hasilnya. Simple. If guna kertas balut hadiah... or kertas bercorak², lagi comel. Selamat Mencuba! Xoxo




Majlis Khatamal Quran di Masjid Jamek, Kuching




Hari Rabu sebelah malam. Tadika mikail ada buat majlis Khatamal Quran di masjid negeri, Masjid Jamek. Tahun lepas zie tak dapat bawal Mikail join sebab masa tu husband pergi OPS. Tak biasa keluar malam. Tapi utk tahun ni, since husband belah malam tak on duty, wajib kooo weols bawa mikail pergi.




Sejuk mata memandang ...hehe. Tahu mana satu Mikail kan? Hihi. Ada nampak kain lampin tu? Tak lepas weh. hahahahaa. Anak oh anak ^_^ Rupa²nya di penghujung majlis, semua pelajar tahfiz ada di bagi Duit Raya rupanya.

...wahhhh, rezeki Mikail. Banyak plak tu duit raya dorang bagi. RM50. Terkejut tengok amount. Semoga murah rezeki hamba Allah yg bagi sumbangan duit raya buat pelajar² tahfiz... aminnnn.







Ni yg bestnya bila kawan sekolah dulu, anak² dorang sama tadika. Ada gak geng bila ada majlis² mcm ni yg pihak tadika anjurkan. Takde ler keboringan duduk sorang² takde geng kan. Husband plak, anak abang dia pun satu tadika gak...so husband memang sentiasa ada geng lah.

Bila geng lama dapat berkumpul ginie, apa lagi.... selfie! Hihi 

Resepi Mushroom Spaghetti Carbonara



Selamat almost nak balik, husband Whatsapp. Gitaw petang tu dia nak berbuka puasa dengan Spaghetti Carbonara. So zie suruh ler dia belikan mana bahan² yg tak ada di rumah. Balik kerja, terus ketuk ketuk ramadan ler zie jawapnya...hehe

::
::
::
::
::


Tadaaaa!!! Siap dalam masa kurang dari 20 minit. Sampai rumah, tukar baju... terus ke dapur. Sebab once sampai rumah jam dah pukul 6:15pm mcm tu. Zon Kuching berbuka pada 6:50pm gitu lah. Takde rest koo...terus sediakan juadah special utk husband. Besar koooo pahala dia.

...zie namakan spaghetti carbonara ni sbg Mushroom Spaghetti Carbonara. Zie byk letak kulat shiitake...hehe. Nak resepi??? Boleh... sik tak lokek resepi ^_^


Bahan² Yang Diperlukan :-
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • Spaghetti
  • Cheddar Cheese
  • 5 biji Bawang Putih
  • 2 biji Bawang Merah
  • 250ml Susu Dutch Lady
  • 10 keping Cendawan Shiitake
  • 100g Sotong -- potong bulat
  • 1 biji Capsicum Merah -- hiris dadu; guna sikit je
  • 1 biji Capsicum Kuning -- hiris dadu; guna sikit je
  • 1 biji Capsicum Hijau - hiris dadu; guna sikit je
  • Lada & Garam
  • Daun Parsley Kering & Mix Herbs (optional)
  • Minyak utk memasak

Cara² Membuat :
  1. Rebus Spaghetti dgn sedikit minyak bagi menggelakkan spaghetti dari melekat bila di tos kering.
  2. Tumbuk bawang putih & bawang merah sehingga lumat. Kemudian tumis sekali dgn Daun Parsely kering & Mix Herbs (daun parsley kering & mix herbs ni optional ye uols. If ada, guna je sikit. If takde, boleh skip je 2 bahan² ni. Just tumiskan bawang² tu je) sehingga naik bau dan bawang kelihatan kekuning²an.
  3. Masukkan sotong yg telah di bersihkan dan di potong. Gaul sampai masuk minyak, kemudian masukkan cendawan shiitake dan di susuli dengan capsicum. Gaul sampai masak.
  4. Masukkan 1 tin Prego Carbonara Mushroom. Gaul sampai sebati... kemudian masukkan susu dutch lady. Kebanyakkan dia agak² ye. Jangan sampai terlalu cair kuah tu. dan jangan plak terlalu pekat. Just nice je kelikatan kuah dia ye.
  5. Letak garam dan lada utk penambah ras.
  6. Siap! parut Cheddar cheese atas spaghetti dan hidangkan...xoxo





♥ THE CHEF ♥

Selamat Mencuba! ~
Senang je buat makanan barat ni. If kau guna ready made paste lah ye. Haha.




Universal Selfie Clip by PlayStation




Kan semalam ada gtaw dapat another more extra free gift dari Sony Centre masa nak buat pembayaran untuk PS4 tu. So inilah dia extra gift tu. Universal Selfie Clip. Langsung takde kena mengena dengan Play Station kan. Hahaha

...takpe. ambil je. Original tue. Terus zie gtaw husband... yg ni semestinya saya punya. Hahaha. Kan aku ratu selfie...lalalala. Tp lens ni zie guna utk tangkap gambar selain dari selfie lah. Mcm tak cantik je if selfish version fish eye bagai...haha




Ada dua lens dapat. 1 lens, Fish Eye dan 1 lens lagi Macro.




Inilah result gambar guna lens Fish Eye




yang ini plak gmbar guna lens macro.


Zie more suka hasil gambar guna lens macro sebab clear sangat². Kalau ambil gambar ulat ke, semut ke... confirm lawa. Nak start balik ler ambil gmbar nature. Hihi




Hadiah Hari Bapa : PS 4 Buat Suami



Keesokkan hari selepas Father's Day, weols ke Sony Centre. Nak belikan PS 4 utk husband. Dia kan kaki games, bagi je kau apa² yg ada kena mengena dengan games... confirm di happy sampai ke bulan. Haha. Husband  happy, kita sebagai wife ni dapat pahala berlipat² ganda dari Allah swt. Alhamdulillah... hihi

Nasib skrg ada promotion. Tu yg bestnya beli benda alah during festival. Confirm ada sales or promotion.



Promotion dia, if kau beli PS4 Bundle Set.... kau akan dapat 3 DVD Games free + 2 years Warranty + Free access for 3 online games setiap 3 bulan sekali. Masyuk tak promotion offer tue? But if kau tak beli bundle set... beli yg set biasa je.

...Free 1 DVD Games (boleh pilih sendiri games apa nak) + 1 year Warranty je. Harga between Bundle Set and Normal set ---> SAMA JE HARGA DIA <--- So why not beli yg bundle set bila harga sama je. Kena buat pilihan bijak. Hihi




Open utk checking and testing




sesi testing PS4 player tu. Terus mintak sales executive tu ajar camne cara² nak redeem free online games tu. 



Masa Zie nak bayar, sekali tengok sales executive tu bagi another more extra gift. wahhh... ini ler yg bestnya bila membeli di Sony Centre itself daripada kau gi beli di kedai games. Macam² kau dapat plus sales executive teramatlah friendly.

...professional maaa.. Good Good. Thumbs up kat all staff di Sony Centre branch Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak... **tepuk tangan* 

Husband plak, wahhh... senyummmmmm sampai ke telinga dia bawa balik PS4 dia. Happy ler tue. XBox dia dulu, dia dah jual kat adik dia. Nanti games PS4 ni, beli mana games yg super hot je lah macam Fifa, Final Fantasy... etc.

Apa² pun.... enjoy your new toy, sayang. Love u ♥