Buku Read Easy Phonics Sampai Sudah




Sampai sudah buku yg di order di ReadNetwork before CNY holiday hari tu. Teruja tgk buku sampai. Pssttt... adat bila kau malas nak masuk dari satu kedai buku ke satu kedai buku utk cari buku ni (sebab dgr org gtaw, buku ni selalu je habis stok)... sanggup lagi kooo Zie berbayar postage fee dan ordered online je.

...harga sama je dgn yg di jual di kedai. Tp of course if di tambah postage fee... akan jadi mahal lagi dari di kedai. Well... who cares, janji kau tak letih bercari. hihi




1 set ada 8 buku. Dorg bagi free cards tu. Tutorial sebutan yg betul plak, skrg dorg dah tak provide VCD lagi dah. Dorg ada bagi link utk download or watch sendiri online. Kan semua skrg ni hanya di hujung jari je. hihi




Like always... akan laju je mendownload di Youtube menerusi app Video Lte (boleh je uols download app tu di Play Store) ke iPad Mikail. Zie download video English Phonics yg ada lagu²... so that interested sikit Mikail nak ikut... sekali gus tahu terus "Elbow" tu apa dalam english since minat salleh tu ada tunjuk sekali...hihi

Semestinya Zie akan ajar manually sendiri gak. Cuma video² ni, time zie takde masa nak ajar or keletihan... then dia boleh watch and learn ^_^ Sangat² di recommended parents utk download video² phonics ni sp that anak² uols akan cepat membaca... Insha Allah.

Kita sebagai mak bapak ikhtiarkan aje... selebihnya, berserah pada anak dan kemampuan anak. Jangan sesekali paksa anak² ye. Takut nanti akan buatkan anak jadi stress. Mcm zie, alhamdulillah.. zie balance waktu belajar dan waktu bermain dia. 

walaupun pada hakikatnya waktu bermain di lebih byk drpd belajar. Budak² kan. Zie tak nak paksakan... zie nak di nak belajar dgn sendirinya. Baru masuk ke otak apa yg di belajar. So far alhamdulillah...syukur sangat² dgn pekembangan Mikail.

Mudahan Tahun 5 ni ambil Anugerah Pelajar Terbaik lagi dia hendaknya. Aminnn aminnn.