Shopping di Lazada ♥




Alhamdulillah... sampai sudah Hybrid Shockproof Cover utk iPad Mikail. Cover lama dia yg di beli di Switch dah lunyai dah. Tak kuasa nak beli kat situ... mahal. Hahaha. Buat budak pakai, tak yah cover original bagai... nanti kejap je lunyai. Membazir je.

...yg ni zie beli di Lazada. 360 Full protection dan anti-shock gak. Means kalau mikail terjatuhkan ipad dia, takyah mama dia ni nak drama heart attack bagai. Dijamin tahan... Insha Allah. Asalkan jngn ler sengaja kau pergi hempas. Yg tu memang ler tak tahan. Kalau kepala kau sengaja di hempas, pun tak tahan gak kan...eh! Hahahaha :P




Sky Blue + Black combination colours. Cantik sangat. Mikail tu okay je apa warna yg di nak. Tp kalau kau suruh dia pilih sendiri... if ada warna kuning, kompom dia akan ambil warna kuning. Minat tegar kuning kot anak bujang zie nie..hihi



2 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Kombinasi warna yang smart..

Zie Madini said...

Sejuk mata tengok kan, Sha. hihihihiih