Throw Back Entry : Lahirlah Mohamad Irfan 1.11.17


Assalammualaikum /Hello readers! 2 bulan lebih blog zie nie bersarang tak berupdate². Time kat rumah takde masa sangat nak on laptop and online. Nak update guna mobile, leceh tau iPhone. Kepayahan nak upload gmbar... tu pasal ler once dah start kerja baru update kisah zie melahirkan Irfan...hihi

So... this is my story giving birth to Mohamad Irfan ♥



Last check up Zie di KPJ Kuching Specialit Hospital, Dr. Tan bagi Zie refer letter untuk Zie melahirkan secara caesarean memandangkan 1st pregnancy Zie caesar (sebab terlampau poor progress) plus lagi baby time to cord round neck 2x ditambah lagi zie mengalami pelvic pain.

Actually boleh try normal. Tapi Zie pilih utk caesar je since ada problem sebab still fobia sebenarnya dgn 1st giving birth dengan Mikail dulu. Takut poor progress lagi... takde 2x sakit Zie. Huhu. Since Dr. Tan pun highly recommended Zie go for caesar... so zie just go for it ^_^




Zie admitted on 31 Oktober 2017. Sebab tarikh caesarean zie is on 1.11.17. Must admit sehari awal utk pihak hospital buat persiapan. Zie tak beranak di KPJ ye. Mahal sangat beranak caesar kat hospital swasta. Caesar je dah cost RM6,000...belum lagi include ubat², bilik, nursery etc. Paling² pun budget 10K if nak beranak secara caesar di hospital swasta. Since zie bukan orang kaya dan insurance pun tak cover kita beranak (hehe)...

....Zie go for beranak di Hospital Umum Sarawak je. Mcm giving birth to Mikail dulu. Consider free (actually bila husband dah pencen baru government akan deduct sebenarnya...huhu)



Gelang yg teramat bernilai. Kalah wang ringgit dan emas. This one is PRICELESS! Syukur alhamdulillah, Allah swt bagi zie 2 kali rezeki utk menyarungkan gelang ni. Thank you Allah swt ♥


Rindu giler dgn budak ni masa zie admit sepital. Tak pernah zie berjauhan dari dia. Amat terasa kesunyian bila zie tidur di sepital takde dia di sisi zie. Huhu. Nasib papa dia bawa dia melawat zie. Terubat rindu kat si abang ni.

Jam 12am, zie dah start puasa dah. Sebab schedule caesar zie pada jam 9am. Kalau takde emergency case lah kata doktor. Syukur... almost 9am, zie dah di panggil utk tolak ke labour room. Nervous weh! Haha. Actually takut kena epidural injection tu sebenarnya. 

Tp syukur, zie tak kena epidural. Just bius utk spinal. Apa entah nama dia...lupa zie. Hahaha. Tapi sakit dia sama gak weh...huhu. 





Pada jam 10:36am, lahirlah hero kedua ku yang diberi nama, Mohamad Irfan. Irfan bermaksud Kebijaksanaan... aminnn. Nama anak kali ni, turn husband plak yg bagi. Nama Mikail dulu, zie yg bagi. Hihi. Baru adil ^_^




Kuar dari operation room around 12noon. Baby Irfan nurse terus bagi kat Zie. Time Mikail dulu, lepas habis kesan bius (8 jam gitu...which is keesokkan hari), baru Mikail di bagi kat Zie. Berlainan dgn Irfan, keluar je dari dewan bedah...terus bagi.

....Happy giler dah tengok baby terus. Tak yah tunggu lama²...hihi. Pengalaman beranak kali ni, totally takde rasa sakit contraction at all! sebab belum tiba masa untuk beranak. Kan elektif caesar. So boleh lah di kira Zie "cheating" part sakit contraction...hehe. Rezeki zie :P

Zie hanya rasa sakit selepas caesar bila kesan bius habis. Akibat dari ubat bius, habis gatal gatal seluruh badan zie...azab weh menggaru. Haha. Selama hampir 2 hari kegatallan. Memang tu salah satu dari kesan sampingan ubat bius. Ada orang muntah² or pening kepala. Ada org ketiga² kesan tu ada...kesian.

Nasib zie just kesan gatal² je. bukan muntah²...kalau muntah², sakit wei. Kan perut baru berbelah...kau imagin camne bila muntah. Aduhaiii....syukur hanya effect gatal² je. 





1st November 2017 pada jam 10:36am, lahirlah Mohamad Irfan dengan berat 3.01kg ♥ Permata hati kedua Zie dan husband. Kelahirannya yg weols tunggu selama 3 tahun. Semoga membesar menjadi anak yg soleh, anak yang bijak, anak yang mentaati ajaran islam dan anak yang berbakti kepada kedua dua ibu bapa.

....aminnnnn. Perkenalkan uols, anak bongsu Zie Madini ^_^

4 comments:

uchi kay-f Ahmad said...

assalamulaikum zie madini

alhamdulillah sume slmt

tahniah dpt rezki ank ke 2..

dh ade 2 hero iya..

ingt sya lgi tk?

cik renex said...

Tahniah Kak Zie, Comel sangat2 bby irfan :)

Nona Qiyah said...

Woww, tahniahhh tahniahhh ! hehehe..comelnya Irfan...
Semoga menjadi anak yang soleh, diberkatiNYA dan berjaya dunia akhirat.
AMIN

Zie Madini said...

UCHI
Off coure still lagi ingat, KF. hehe. Thanks for the wish

CIK RENEX
Hehe...thank dik

NONA
Thank you dear. Aminnnnn.