Reaksi Mikail Dapat Surprise Gift




Hari Sabtu yg lepas, awal² lagi dah zie keluar. Kira keluar senyap² sebab tak nak Mikail ikut. Haha. Bukannya apa, if dia ikut... payah nah nak bercari benda alah taw. Sebab akan senantiasa mengawasi dia. Geram bebenor zie nak belikan safety harness utk ikat kat dia.

..tapi husband tak approved. Tu yg susah. Habis beli barang², Zie singgah di Parkson dulu. Sebab nak belikan Mikail hadiah. Hari tu zie ada janji dgn dia, if dia hafal surah Al- Fajr, Al-Ghaasyiyah, Al-‘Alaa, Ath-Thooriq, Al-Buruj dan surah Insyiqaq... Zie akan belikan dia Playdoh yg baru.

So... Taraaaa! As promised :)




Tetiba terfikir nak balutkan plak hadiah tu. Imagine camne dia excited nak buka nanti. Tu yg terus beli present paper and suruh customer service Parkson balutkan. Sampai rumah, bagi kat Mikail plastic Parkson tu...dan tengoklah sendiri reaksi dia di video kat bawah ni ^_^

::
::
::
::
::





Ignored dinding yg penuh dgn contengan Mikail. Huhu. Papa nya lom ada masa nak cat... hihi ^_^ Seriously, tak sangka reaksi Mikail akan sehebat itu taw. The power of wrapping a gift. Dulu selalu belikan hadiah dia, tak berbalut. Main letak je dlm plastik gitu² je. Dia teruja n seronok... tp reaksi dia tak sehebat kali ni.

...sebab berbungkus kan hadiah tu. So... he is really surprised! haha. Sayang anak mama dunia akhirat ni. Semoga semakin hari semakin terang hati mu anak dalam menimba ilmu. Semoga kamu dan adik kamu membesar menjadi anak² yg soleh dan berbakti kepada kedua² orang tua mu

Mama garang memang garang bila come to part belajar. Garang bukan sebab supaya kau dapat nombor dalam kelas or dalam keputusan cemerlang supaya mama dapat berbangga² dan banding²kan dgn yg lain. No no no... mama tak gitu sayang. Mama garang, mama nak kamu score yg terbaik... sebab untuk masa depan kamu...Bukan untuk bermegah²

Bagi Zie, asalkan anak² zie ada improvement dalam pelajaran dia. Tak kisah lah, dapat nombor ke... tak dapat nombor ke. Asalkan dia ada improvement je dari semester pertama. Syukur dah zie. Harus kita ingat, katakan lah dorang tak pandai dalam pelajaran, tapi bila kita tua nanti... dia pandai jaga, cuci berak kita. Always ingat tentang itu ~



2 comments:

fya fyza said...

Allah..fiya yang tengok ni berkaca mata tengok saat mikael buka adiah and dtg hug mama..

Zie Madini said...

FYA FYZA
--- hehe. kan. terharu akak dia gitu taw. Nampak nah di hargai apa yg akak belikan utk dia. hihi. Happy sgt² dia